Pages

Ads 468x60px

.

Labels

February 3, 2013

|JJCM| Kapten Steambot&Grill

 

Salam.

Alohaaaa.. Ogenki desuka???

Hikkssss.. I’m fine. Baru balik dari outstation yang agak panjang.
Meh..nak cerita pasal food dating dengan sorang power ranger. First night kat JB, aku dah ganggu ketenangan hidup seorang power ranger dengan ajak dia makan besar. Hehehe
 
 

Destinasi kami -------à Kapten Steamboat & Grill. Kami makan ala buffet which cost us RM28/pax. Okay la kan..murah sikit berbanding Seoul Garden.
 
Kapten Steamboat & Grill terletak di Tingkat 1, Jalan Tun Abd Razak, Taman Suria Muafakat, Johor Bahru.  Kalau korang dalam perjalanan nak ke arah pusat bandar Johor Bahru, boleh nampak restoran ni dari tepi jalan.
 

Kapten Steamboat & Grill menawarkan pelbagai pilihan seafood, sayur dan menu untuk dijadikan steamboat. Kita boleh pilih nak kuah sup atau pun tomyam. We chose tomyam. Tomyam dia boleh tahan sedapnya. Terasa masam, masin dan pedasnya.
 
Untuk steamboat banyak je yang cute miut..pilihan untuk sayur pun banyak tau...


fish star & fish bear dalam tomyam pot nie are n0t mine. they are belong to mamat power ranger tue... special request tuee...hahhahaha




Menu untuk grill pun ada banyak pilihan chicken, fish, beef, lamb, squid dengan pelbagai pilihan perapan– blackpepper, hot& spicy, honey and Thai marinate. As for us, perapan bagi most of the menu is just nice. Terasa tapi tak over sangat.
 





Bagi yang suka makan grill food mesti nak cicah (dip), kat sini ada disediakan beberapa jenis sos (dip sauce).
 
 
I love dessert tapi malas nak bangun ambil huhuhu tumpang power ranger punya sahajerrr. Also ada banyak flavor aiskrim kat sini. Pilih je. Nata de coco pun ada. Power ranger letak nata de coco kat ice cream. Layannn..Best3x.


Masa ambil makanan kemain rasa macam perut berkapasiti 1TB. Padahal makan berdua je.. jenuh lepas tue nak habiskan makanan. Rugi ohhh kalau tak habis. Membazir satu hal. Ada possibility kena cas sebab membazir makanan pun boleh juga. RM5/100g waste food.
 
View (pemandangan) takdela nice sangat..takde gunung ganang pun..heheh nampak jalan raya & kereta je. Tapi kami lagi suka area nie sebab terbuka - asap boleh keluar. Kurang sket baju kami bau asap hehe.
 
 

Sesi makan+borak+gossip+infosharing+makan+potpetpotpet yang bermula 8ishpm berakhir lebih kurang jam 11pm. Thank you to power ranger for his time & also for the treat. YEAAAYY…!! Orang belanja makan..mesti la suka kan…kihkihkih
 
 
xoxo,
aurikel
 
note: some pictures are from Kaptensteamboat&grill FB. TQ.
 
 


Memory of TAU FU FAH




Salam.

Holaaa..

Chinese New Year is just around the corner. Aku tertarik dengan iklan Petronas sempena tahun baru cina pada tahun nie.

Check this video out:

 
Sweet & boleh menjadi inspirasi. Susah senang bersama dari muda hingga ke tua. I wish I could find one and be like that too….amiiiiin..

“Look back on a great life. Look forward to an even greater one”.


p/s: suka makan taufufah

 

February 1, 2013

Curry House


Kelmarin.

“ Esok you jangan lambat ar..tepat pukul 12 keluar lunch.  JT mau belanja lunch”

Haiit!!

 

Semalam.

12 tengah hari.

Kruk kriuk ~~~~ kuat gila bunyi.

Perut aku la tue. Member kat sebelah pun dengar. Dia sengih je.

Tiba-tiba.

“Kita keluar pukul satu. JT belum habis meeting”

Hmmm… terus moral down.

Tepat 1pm jam kat dinding pejabat.

“Hey..cepatlah. Kita tak da banyak masa.”

Haiitt.!!

 

Makan kat mane? Aku pandang Hoe. Dia tunjuk ke satu arah.

CURRY HOUSE.

Alamak. Aku mane suka makan kari.

Dahla bawak makan kat pure punya Indian cuisine.

Belum sempat nak ajak tempat lain bos dah masuk dalam restoran.

Aku ikut masuk.

 

Weekk!! Bau apa ni??

Aku pernah je buat jalan-jalan cari makan kat Indian Cuisine kat area Tampoi.

Agney’s Cuisine.

Tapi takdela bau kuat gila macam nie. Kalau bau sedap takpe.

Nie bau makanan ke bau orang ni???

Sakit hidung ooooooooooooooohhhh..

Aku macam nak ajak bos makan tempat lain.

Tapi …aku cari kelibat bos dalam restoran tapi tak jumpa.

Eh?? Mane dia?

 

Mane bos? Hoe tunjuk kat satu arah.

Dia dah siap order dah nak minum apa.

 

Bos suruh kami pergi ambil makanan.

Buffet tapi ada orang tolong sendukkan lauk.

Lauk baaaaanyak sangat.

Tapi…………………………………… semuanya takde yang menepati selera.

Semuanya terlalu berempah. Berminyak. Pekat. Likat.

 

Aku minta nasi putih sahaja.

Diorang semua kemain ambil nasi beriyani.

Bos belanja katakan..

 

Belum sempat aku cakap pape, waiter tue dah tuang 2 jenis sayur apa tah dalam pinggan aku.

Satu – timun +tomato dipotong dadu dan berkuah susu

Dua- peria dengan rempah ratus

 

Clear & loud aku cakap. STOP!

Err..separuh restoran boleh dengar suara aku kot.

Bukan marah tapi dia suka-suka hati je letak lauk dalam pinggan aku.

Haisshhh…

 

Sudahnya aku tambah lauk telur kari dan papadom je.

Sampi meja, aku dengar suara HY.

“ You ambil ini satu. Saya ambil terlalu banyak. Tak mungkin habis seorang”

 

Tak nak lah.

 

“ You ambil sajalah. Tolong saya makan. Ambil cepat”

Nie yang malas dengan dia nie. Masa makan pun bagi arahan.  Siap letak dalam pinggan aku.

 

Benda warna kuning pekat tue adalah ikan fillet.

Dicelup dengan tepung sebelum digoreng.

Then, masak bersama kuah ala-ala masak lemak cili padi.

Tapi kuahnya pekat sangat sampai dah tak rupa kuah.

 

Berselera bukan main bos-bos aku makan.

Aku tuang sikit kuah kari kat atas nasi.

Masya Allah.

Pekatnya rempah. Kuatnya rempah.

Aku keluarkan telur.

Makan nasi putih dengan papadom dan telur sahaja.

Sayur berempah semua aku tolak tepi.

 

Bos pandang aku.

“Eat..eat..”

 

Aku sengih..

Aku tuang sikit lagi kuah kari atas nasi.

Giler kering nasik aku.

 

Nasib aku minta nasi half je.

Itu pun siksa aku nak habiskan nasi putih.

Sayur semua aku sumbat masuk dalam mangkuk kari.

Maka, tak nampaklah aku membazirkan duit bos aku sebab tak habiskan makan.

 

Lepas makan balik pejabat.

Sebaik je kaki melangkah masuk pejabat, berlari aku cari tandas.

 

Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

 

Keluar semua hidangan curry house aku tadi.
 
 
 
 
with luv from jaybee,
aurikel
 
 

 

 

 

 
Related Posts with Thumbnails