4 disember 2008
Girls day out..[aku+mira+along+ayu+fatin] spend few hours at Sunway Pyramid. Memula ingt nak g sunway lagoon tapi harga ticket out of badget range la..so cancel plan, kitorang just jalan2 kat pyramid, window shopping, cuci mata dan tengok citer Antoo Fighter: Amukan Drakulat.. Support filem melayu beb..
===========================================================================
Sipnosis: Citer nie mengisahkan sekumpulan penentang jembalang underground yg digelar Antoo Fighter yg telah wujud sejak dahulu kala.Setiap 60 tahun, akan ada 5 manusia yg terpilih sebagai ahli pasukan Antoo Fighter. Dahulu kala,mereka telah berjaya mengalahkan Drakulat Van Listeroy [awie] dan kuncu-kuncunya.
Mereka telah dikurung dalam sebuah labu sayung. Entah macam mana, berpuluh-puluh tahun kemudiannya[zaman sekarang la..] ada sekumpulan budak2 yg bermain di tepi pantai telah terjumpa labu sayung tersebut. Mereka juga telah gatal tangan membuka penutupnya hingga menyebabkan Drakulat dan kuncu-kuncunya melepaskan diri.
Misi sebenar Drakulat dan kuncu2nya adalah untuk membebaskan Bapak Setan Lord El Sharon. Demi misinya itu, Drakulat perlu mengorbankan seorang gadis dari keturunan suci Delyla. Drakulat yg telah bebas kembali mengganas dan menyerang Kuala Lumpur. Menara KL berjaya ditawan dan dijadikan markas terbaru mereka.
Kehadiran Drakulat dirasai oleh PakDin ex-Antoo Fighter. Beliau telah syahid ketika cuba menentang Drakulat dan kuncu2nya yg kini lebih kuat. Beliau kemudiannya mewasiatkan cucunya PohJee [Radhi OAG] yg merupakan salah seorang calon Antoo Fighter terpilih.
Selepas kematian atuknya, PohJee berusaha mengumpulkan ahli2 Antoo Fighter dengan bantuan taxi driver bernama Lara [Scha] yg ditemui semasa mengekori atuknya.
Ahli krew Antoo Fighter:
1.PohJee [radhi OAG]
2. Lara [scha]
3. Rambo [bront palare]
4. Tasya [Nurfazlin Azmi]
5. Opie [nasrizal/bell]
Team AntooFighter telah dibantu oleh Pak Guntur iaitu bestfren PakDin yg juga ex-Antoo Fighter tetapi telah menarik diri kerana kecik hati dgn PakDin yg kebas aweknya. Pak Guntur nie genius cket dan telah cipta pelbagai alat untuk krew Antoo Fighter.
Kebetulan pulak gadis yg bakal menjadi mangsa korban Drakulat merupakan aweks yg keje di farmasi berhampiran dengan ofis PohJee. Misi utama AntooFighter kali ini adalah untuk mengalahkan Drakulat dan menyelamatkan Delyla.
===========================================================================
Kami g tengok movie nie sebab nak tengok sejauh mana kehebatan teknik CGI yg digunakan. Secara keseluruhan aku rasa ok la, di tahap sangat memuaskan. Just kadang2 ada part yg CGI tue tak berapa kemas, nampak sangat kekomputerannya..[scene Drakulat cekik leher-]. Tapi tahniah la jugak buat production krew yg berjaya hasilkan filem nie. Bukan senang woo..nak satukan CGI dengan real scene.
Pasal plot citer plak, aku rasa citer nie simple dan senang difahami. Tapi kadang2 ada lawak yg xlawak la..so xtau sebenarnya lawak ke x...dari 5 bintang aku bagi 2 bintang..
so, overall: 