Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label bukit broga. Show all posts
Showing posts with label bukit broga. Show all posts

July 20, 2011

Orang dah panjat Kinabalu aku baru Bukit Broga

r...
xoxo
...

Good morning...........wahh..lama sungguh rasanya tak update blog. Fuhhh..fuhhh (sambil tiup sawang kat blog). 

Walaupun dah lebih 20 tahun duduk Selangor, Bukit Broga pun aku tak pernah naik lagi. Sadis sungguh bunyinya. Tambah-tambah lagi bila ramai kawan dengan selumber badak dan sedikit nada riak menceritakan pengalaman mereka melompat-lompat dekat atas puncak Bukit Broga.

Alhamdulillah, hari Ahad dua minggu yang lepas tertunai gak hasrat nak ke puncak Broga. Masa mula-mula plan, macam ramai je nak join. Macam ramai jer bersemangat pergi. Tapi akhirnya beberapa kerat je yang pergi. Aku takder hal. Kalau ada masa terluang memang suka je join aktiviti luar macam nie. 

Hari Ahad seawal jam 3 pagi aku dah bangun untuk sediakan roti+tuna sebagai bekalan untuk sarapan di puncak Broga. Semangat youu...padahal ngantuk giler.

Sambil tunggu member datang, aku terlelap balik. Hampir pukul 4 dapat call member kata dah sampai. Then, kami pun bergerak menuju arah Semenyih. Since kami semua tak pernah pergi, nasib baik ada abang GPS.

Kami memilih laluan LDP-Silk Highway-Jalan Semenyih. Kami sampai lebih kurang pukul 5 lebih. Then, berhenti dekat Petronas sebelum simpang ke Broga. Beli tambahan makanan yang patut & solat Subuh kat situ. 

Perjalanan ke puncak bermula lebih kurang jam 6 pagi. Perghhh..dah lama xpanjat bukit/gunung, exercise pun jarang, then lupa nak stretching, pastue terus pecut naik atas... memang pancit dengan segera la.. huhuhu

Untuk naik ke puncak pertama sedikit sukar sebab kita terpaksa merangkak sedikit disebabkan keadaan bukit yang hampir 90 degree dan permukaan tanah yang agak licin dan curam. Bila dah sampai puncak pertama pastue tengok bawah nampak orang yang terkial-kial panjat dalam gelap. Ngeri!!

Cuaca agak redup dan sekitar puncak dipenuhi kabus. Matahari pun tak mau keluar, main nyorok-nyorok dengan kami. Lepas lepak kejap kat puncak pertama, kami terus nak ke puncak kedua. Pastue naik puncak ketiga dan akhir sekali sampai ke puncak ke empat.

Meh...layan pics sket. Aku tak bawak kamera. Tumpang menyelit dalam kamera member jadik la..... huhuhu

ingatkan dapat tengok matahari macam nie tapi... (pic kredit to fendidahada.com)

cuma ada begini dan...

begitu....

Member aku tayang muka frust tak dapat tengok matahari. Bersemangat nak datang sebab nak tengok matahari naik. Macam ultraman dah lemah kuasa la plak dia tue. Kena jumpa matahari untuk cas tenaga. Poyo kan?? hehe


Orang punyalah ramai..macam semut dah aku tengok

panorama view of Broga


budak perempuan gemuk mana tah - dahla comot, tudung pun senget!




Puncak bukit mana lagi yang best untuk didaki??? Nak panjat gunung lagi, mak bising lak.. Panjat bukit rendah sikit...xpe kot hehehe At least Bukit Broga cantiklah pemandangan dia daripada Bukit Unggul kat Dengkil.







Related Posts with Thumbnails