Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label PFEM. Show all posts
Showing posts with label PFEM. Show all posts

July 20, 2011

Eksiden

...
xoxo
...

Ahoy nakama... semalam Mr Gym nak belanja kami makan GCB McDonald. So, aku pun gentleman kan diri teman Ms Fern pergi tapau McD. Aku malas nak drive. Ms Fern offer naik keta dia.

Msuk kereta, start enjin, pakai seat belt, reverse kereta, tukar gear 1 jalan sikit tak sampai 300 meter, baru tukar gear 2, kemudian nak belok, ada satu kereta. Betul-betul depan jalan kami nak belok.  Macam laju depan kami. Maka, ---------------> berdentum! 

Kami langgar Toyota Altis WUA xxxx. Perghhh..kereta baru tue.. Bila keluar kereta, sekali tengok owner dia MR TEY!!! Alamak!!!! National Quality Manager punya kereta la........ Dahla tengah banyak issue dengan dia belum settle lagi. Email dia pun belum reply. 

Syukur kami pakai seat belt. Kalau tak maunya aku terhantuk kuat kat cermin. 

yes, Ms Fern at fault because she did not stop before she turned left
Mr Tey pun drive laju & makan ruang

the hit impact
she drove less than 20km/hr

still baby - 1year 2weeks
Kesimpulannya, sila la pakai seat belt walaupun nak pergi kedai yang jaraknya sekangkang kera.







January 14, 2011

Lucky Draw & Best Dress

 ...
Haacccumm..

Beberapa hari lepas aku ada suruh ingatkan aku kan pasal Annual Dinner company aku. Kalau takde orang ingatkan entah-entah aku jadi macam Nazmi Raja Lawak yang selalu lupa tue hehehehe Semua benda 'Aku lupa' .

Majlis dijadualkan bermula 7pm dengan ketibaan pekerja-pekerja di Klang Executive Club. Tapi aku sampai 750pm huhuhuhu Yela, sebagai muslim wajiblah menunaikan solat maghrib dulu kan.. 720pm aku sampai Jusco Bukit Raja, cari surau solat pastue sempat lak menyinggah kat Sinma cari brooch. Sudahnya 750pm baru masuk Klang Executive Club. Alaahaii...seberang jalan je tempat nie dengan Jusco.

Dengan hanya berbekalkan baju kurung moden yang ada sedikit labuci, clutch and sandal Vinci aku menyertai Annual Dinner dengan tema hitam & putih. MAKE UP?? nan-ado.. tepek Silkygirl compressed powder + Silky girl lipstic, aku redah. Bajet natural beauty la sangat kan.. No eyeliner, no eye shadow, no blusher apatah lagi fake eyelash..

Nak pergi butik buat make up rasa macam membazir la sangat. RM130-RM150 tue... baik spend untuk shopping benda lain.

Baju kurung moden tersebut adalah baju recycle dinner kolej Sanggar Sanjung bulan Mac tahun 2009. But this time takde selendang ke hape.. Leceh ar nak berselendang bagai. Kang ado yg cakap den gayo oghang nak bertunang lak.

Yang bikin surprise adalah aku menang best dress derr.. Cam tak cayo.. Aku syok makan sea cucumber+cendawan, tetiba diumum calon best dress. Nasib tak tersedak. Ado plak siap suruh buat catwalk tayang-tayang baju.Cett.. Aku dahla pemalu yang amat. Layan jela.. 

Lepas catwalk aku sambung makan. Masa umum best dress winner, aku tengah minum air. Sekali lagi aku hampir tersedak. Nasib tak tersembur depan orang lain.

Wehh..cantik benor ke baju aku? huhuhuhu Baju beli kat First Lady je.. Rege pun tak sampai 80 hengget. Yang penting nasib muat lagi hihihi Tapi bila tengok dalam gambar macam pucat lak muka aku. Dah rupa zombi kg pisang dahh..Nasib kategori best dress, harap baju jela yang meletop kan.. mukaa??
Tambah menggumbirakan adalah aku menang lucky draw. DapaT CASH RM100. Okayla tue kan.. takde sape senang-senang nak bagi seratus oiii...

Makanan Chinese pun aku takde hal, tapi seriously memang rasa dia ada kureng. Sesiapa yang masuk karaoke dapat 50 hengget sorang. Syok tue..tapi menyedari hakikat suara tak sedap, tak payahla nak show off kan.. Kang ramai lak bernanah telinga huhuhu


Thank you laupaaaaaaaaaaaannnnnn



Related Posts with Thumbnails