Ahoy readers!!!
Happy weekend :D
I spent my precious Sunday joining World Walking Day (WWD) event at Precint 3 Putrajaya.WWD is a world wide event that encourage people to gather & walk togther.
Program ini juga adalah bersempena dengan sambutan 100 tahun Nestle. Apa yang best?
- Bangun awal pagi & hirup udara segar
- Walk & Sweat ~~ baru badan rasa ringan kan??
- Enjoy nice view @ Putrajaya
- Dapat T-shirt FREE - owow bright green!
- Dapat breakfast FREE.
- Meet new friends
Program WWD ini juga dijalankan di 6 tempat yang berbeza:
- Putrajaya -precint 3
- Ipoh - Polo Ground
- Kuantan - Taman Gelora
- Johor Bahru - Padang Merdeka
- Sabah - Dwn Tun Hamdan, Pekan Tamparuli
- Sarawak - Water Front Kuching
Program bermula seawal 6pagi dengan aktiviti pendaftaran dan penyerahan T-shirt WWD kepada semua peserta. Menghampiri jam 8 pagi aktiviti diteruskan dengan senaman ringan. Kemudian semua peserta dilepaskan untuk berjalan kaki sejauh lebih kurang 5km.
Target program ini adalah untuk menggalakkan aktiviti berjalan kaki sebagai salah satu cara hidup sihat. Program hari ini mensasarkan peserta menamatkan aktiviti dengan berjalan lebih kurang 5000 langkah.
Hmm...jalan 5km = kalori 2 biji karipap jer?? Err..semalam makan kek 2 slice+ daging rendang+ayam masak merah+nasi impit+ketupat palas.. banyak lagi stok kalori rupanya... hehehe
Usai aktiviti jalan kaki, semua peserta dijamu dengan hidangan sarapan percuma dari Nestle. Booth paling mendapat ramai dan paling mendapat perhatian mestilah MILO! Minuman kegemaran rakyat Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun.
Milo je mana cukup kan?? Next- bijirin sarapan favourite masa zaman sekolah dulu Honey star!
Mereka juga menyediakan bijiran sarapan Nestum dengan dua perisa baru : American Ginseng & Dang Gui .
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sedikit ucapan dari Pengarah Urusan Nestle dan disusuli dengan upacara potong kek sempena ulangtahun Nestle yang ke 100. Acara terakhir ialah cabutan bertuah. Dan...as usual, I'm not lucky enough ;p hewhewhew
NEVER get so busy making a LIVING that you FORGET to make a LIFE.
-anonymous-
Regards,
aurikel













1 comment:
phewwwit. ini ker rahsia semakin selim?
Post a Comment