Pages

Ads 468x60px

.

Labels

May 26, 2011

|JJCM| Penang Asam House EP.1

...
xoxo
...

Hoyeaaahh..Dah tengok Nur Kasih The Movie?? Hape?? Takde tiket? Tiket sold out?? Tiket ada tapi cuma tinggal seat row paling depan??? Iskh..iskh..iskkhhhh.. kesiannn... 

Haa?? Apa dia?? Korang tak kisah? Tak minat pun tengok Remy Ishak yang kadang-kadang baru perasan tak hensem pun?? Suka hati jantung pisang korang la wehhh.. Ado den kesah? (tiru ayat trademark cik admin opis ku).

Sabtu lepas, seperti biasalah boleh buat plan on the spot. Pagi-pagi buta boleh terbayang-bayang bau pop corn. Bila dah terbau pop corn, haruslah keinginan nak tengok movie pun datang menjelma. Secepat kilat aku pun roger kaki-kaki wayang a.k.a my cousins yang sedang lena beradu kat rumah. Aku keje korang sedap tidur yerr..taulah tengah cuti semester.

Tapi ampehlah diorang nie..kejap confirm kejap tak confirm. Dah la SMS lamba reply, call pun lambat jawab. Aku kacau korang punya tidur yerr.. aahhh tak kira. Nak kacau gak. 

Sudahnya dah kul11am baru confirm berapa orang yang nak pergi. Bila nak beli online tiket Pirate of the Carribean Stranger Tide kebanyakan cinema dah sold out. Kalau ada pun seat row depan or tepi-tepi. Wajiblah tak nak kann..tak kuasa nak siksa tengkuk..

Yang ada seat tengah available cuma cerita Nur Kasih. Layan gak lahh.. Nak gak tengok cerita yang orang kata sedih sangat tue.. Sampai ada orang kata kena bawak tisu. Kami tengok Nur Kasih dekat Summit sebab murah sikit. Murah tak murah pun seploh hengget gak. Cerita baru la katakannn.. Nasib baik gak ada 7 seat sederet kat bahagian tengah. Kalau kat stadium kira seat VIP la...

Review Nur Kasih The Movie?? Malaslah nak buat.. hahahaha Lepas tengok Nur Amina, Aidil & Adam sampai diorang tua, kami pun menjamu selera kat  Penang Asam House. Taddaa..nie kali kedua aku makan kat sini.

Hmm..panjang lak mukadimah kan..padahal nak cerita pasal makan kat Penang Asam House. My cousins sibuk nak makan tapi bila tanya nak makan apa, masing-masing tak tau. So, sebagai duta makanan tak rasmi aku pun suggest diorang makan kat Penang Asam House.

Kenapa Penang Asam House?? Sebab kat sini ada pelbagai jenis pilihan makanan ala-carte. Dari Asian ke Western ke Fusion, macam-macam ada. 

Err..jap lagi aku sambung la.. nak kena g buat inspection lak.


1 comment:

NurulHudaResad said...

hok oloorr....besok je la aku dtg baca balik....

Related Posts with Thumbnails