Pages

Ads 468x60px

.

Labels

December 17, 2008

|Movie Review| Los dan Faun (2008): Cayalah..

Memula kita citer pasal sipnosis citer nie dulu la yer..
======================================================================
Jalan cerita...

Carlos Rodigro Gunting@Los(Hans) dan Ahmad Faun@faun(adlin) merupakan 2 sahabat baik yg datang dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Mereka diterima bekerja di kedai pakaian dalaman (lingerie) hasil kebijaksaan Faun menjelaskan kepada tauke kedai yg bertanya apa yg mereka tau tentang bra. Tetapi dek kerana ketelusan & kejujuran Faun member komen terhadap para pelanggan telah menyebabkan mereka dipecat. Pada masa yg sama juga Faun menyedari dia memiliki anugerah 'deduction' (mengesan barang hilang) selepas berjaya trace blk wallet tauke kedai yg tercicir kat dlm toilet. Bermula dari situla Los dan Faun bukak bisnes syarikat penyiasatan mencari barang yg hilang.


Kefamousan Los & Faun telah menarik perhatian Jasmin(Erra) untuk mengupah mereka mencari jam tangan berlian milik arwah suaminya Soffarudin al Sogood@ Tuan Soffar (Afdlin) yg hilang disaat kematiannya. Mereka pun pergilah ke istana Tuan Soffar di Sg Penchala. Sebaik sahaja sampai mereka disambut oleh Pak Guard (Sofi Jikan) dan maid yg bernama Mariam. Tapi masa tue Jasmin xde sebab pergi membelibelah sayur dekat Cameron Highland. Menyangkakan Jasmin lambat lagi akan pulang, Los & Faun pun bercadang nak balik dan datang semula. Pada masa tue la Jasmin pulang dengan menaiki helikopter.Pehh...

Melalui Jasmin, Los & Faun mengetahui tentang Jefri-adik angkat Tuan Soffar (AC Mizal) yg mengugut Jasmin agar menyerahkan segala harta Tuan Soffar kepadanya untuk membayar segala hutangpiutang . Di rumah yg besar macam istana itulah juga mereka mengenali maid yg kelakar
bernama mariam yg kehilangan suaminya yg bekerja sebagai tukang kebun di rumah tersebut.

Namun, sebaik sahaja bertemu Jasmin,Faun gagal menggunakan the power of deductionnya. Info dari Jasmin mengatakan jam tersebut kali terakhir dilihat dipakai oleh Tuan Soffar pada hari
jadi beliau. Namun, ketika mayatnya ditemui jam tersebut telah pun hilang. Semasa hari kejadian hari yg sama jatuhnya ulang tahun kelahiran tuan soffar Jasmin telah bertengkar dengan Tuan Soffar & Tuan Soffar pergi berparti dgn kwn2nya tanpa Jasmin. Jasmin pula pulang ke Pangkor bersendirian dgn memandu helikopter utk bertemu keluarganya.So, urusan pengebumian Tuan Soffar telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jefri

Penyiasatan di pejabat Tuan Soffar menemukan mereka dengan dua klu penting iaitu rumput & napkin dari sebuah hotel. ketika sedang menyiasat dari mane asal usul rumput tersebut tiba2 mereka diserang oleh 2 orang lelaki. Di sinilah bermula pertemuan Los & Faun dengan Dick (Stephan Rahman-Hughes) wakil penyiasat insuran dari Sotheby yg menyiasat kehilangan jam tangan tersebut bersama seorang wakil penyiasat tempatan bernama Amran (Khir Rahman).

Los, Dick & Amran pergi ke restoran hotel Parkroyal Grill untuk mencari petunjuk seterusnya. Mereka tak dibenarkan masuk oleh Maitre' D kerana tak membuat sebarang reservation. Dengan idea dari Los, mereka pun menyamar sebagai wakil dari Kementerian Kesihatan yg membuat lawatan mengejut.

Melalui maklumat dari pengurus restoran, mereka mengetahui bahwa Tuan Soffar selalu makan di situ bersama isteri keduanya, Serina (Ida Nerina). Dick berbohong mengatakan bahawa Amran adalah long lost brother of Serina. Maka, pengurus tue pun bersetuju bagitahu lokasi Serina. Serina adalah seorang GRO yg juga seorang ahli magic. Serina bagitau yg die last jumpa tuan soffar adalah sewaktu makan lunch pd hari kematian beliau. Tapi Faun dapat buktikan bahawa serina berada di pejabat Tuan Soffarr pada malam kejadian.

Misteri diteruskan oleh kehilangan tukang kebun Tuan Soffar yg juga suami kepada Mariam. Mariam menerima sepucuk surat dr suaminya berkenaan menceraikannya & turut meninggalkan duit kepadanya. Ini membuatkan Los mengesyaki tukang kebun tersebut sebagai dalang disebalik kematian Tuan Soffar & kehilangan jam tersebut. Faun menyanggah sangkaan tersebut & membuatkan berlaku perbalahan antara Los & Faun.

Kes ini telah menggugat persahabatan mereka. Penyiasatan berterusan & finally Faun berjaya dapatkan semula skillnya..Faun kemudiannya berjaya mengaitkan kesemua bukti yg ada dgn kes kehilangan jam tersebut..Nak tau apa jadi lagi??kena la g tengok..or tunggu kuar DVD nanti..hehehe

============================================================================

komen:
1.suka watak & dialog amran (khir rahman) dlm citer nie.nape?ha..yg nie kita xtahu..
2.memula aku tak paham lawak brokeback mountain tue..nape la sume org dlm panggung gelak???tp few second pastue bru paham..aduhai pakck nie..jauh sgt pikir..hahaha
3.musykil sungguh: nape mesti los & faun keje kedai lingerie??afdlin nie setau aku sgt kreatif & berbakat, nape mesti jadikan keje kedai lingerie sbg cara utk buat org ketawa?? bak kate member ku santz "segan aku sehh..org sebelah aku siap tanya ada lelaki keje kedai lingerie ke?hahaha.."
4.tapi aku tertanya2, apa motif yg nk disampaikan dlm citer nie ek??
5.suka jer dialog amoi secretary kat pejabat Tuan Soffar tue. Bila Los & Faun tanya ada hilang apa dia jawab,"...saya sudah hilang sabar.."
6.Serina misterina tue kdg2 lucu tapi seksi hohoho..

Rate:





of

No comments:

Related Posts with Thumbnails