Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 7, 2008

|JJCM| Nando's Time...yeeba... @>---------

Alhamdulillah, pada 28 september yg lalu sempat juga berbuka puasa dgn org tersayang...jeng jeng jeng saper lg?? Mr. ATB (abang tanggung beres) la..memandangkan birthday beliau jatuh pada 18 september maka majlis berbuka tersebut turut meraikan ulang tahun kelahiran beliau yg ke???... Setelah puas berdebat & berbahas kami sepakat memilih Nando's sbg tempat berbuka puasa. Lagipun kitorang belum pernah merasai kehebatan ayam nando's...So, kali nie kami cuba menjadi pengganti Maria tunku sabri sbg hos jalan2 cari makan yg baru...restoran Nando's pilihan kami ini terletak di dalam Sunway Pyramid.

Bagi memastikan kami dapat berbuka dengan sempurna & tidak terkejar-kejar, reservation telah dibuat seawal jam 5petang. So, bila datang terusla dihidangkan makanan & tak perlula beratur panjang-panjang..menu pilihan saya adalah 1/4 peri hot chicken bersama 2 sidelines iaitu peri chips & fresco salad dan air ice lemon tea. Mr. ATB pula telah memilih menu yg hampir sama iaitu 1/4 peri hot chicken bersama 2 sidelines iaitu peri chips & coslow salad dan air ice lemon tea. Air boleh refilled tau! wah...nampaknya Mr ATB tak sabar-sabar lagi nak berbuka puasa dengan ayam peri Nando's. Gambar yang kiri peri chicken +fresco salad+peri chips, manakala gambar di kanan adalah peri chicken+coslow salad +peri chips....Memang sedap dan kekenyangan la kami berbuka puasa hari tue. Ayamnya besar dan sedap, cuma menunya agak terhad. Kos hidangan tersebut (2orang) termasuk air dan tax adalah di bawah RM50.00. Selain itu Nando's juga menawarkan pelbagai menu lain seperti starter menu (Peri soup & bread, peri wedges & creamy peri dip, grilled chicken sausage, chicken liver & portugese roll, novo pita etc), atau pun boleh cuba pelbagai jenis salad seperti grilled chicken salad, caesar salad, chicken caesar salad or casa /house salad. Chicken Meals biasanya ditawarkan bersama 2 hidangan sampingan (sidelines). Korang boleh pilih sidelines sama ada nak fresco salad, coslow, peri chips, Mediterranean rice, peri corn atau pun peri potato salad. Bagi yang datang ramai2 sekeluarga atau 3-5 orang mungkin boleh mencuba peri platter yang terdiri daripada 1 full chicken (seekor besar nie...), 2 large rice, 1 large fresco salad, 1 large coslow & large chips.


Bagi sesiapa yang tak nak makan ayam, hidangan berasaskan daging lembu (beef) turut disediakan disini. Antaranya Beef strips with rice, beef pita & beef prego roll. Jadi kalau ada yang nak cuba makan besar sekali sekala boleh la mencuba.. SELAMAT MENCUBA..!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails