Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 8, 2014

Long Hiatus



Aloha~~~~~~~~~~~~~~~``
What a verrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrry long hiatus. 
I took a big step 2months ago by resigning from a stable position in Industry into not-so-small & not-so-big company. But………...the working hour is more flexible. Plus more benefits. Plus my current job provide me with more exposure on other industries/ working areas such as construction, service provider, various kind of manufacturing and many more.

Now, I’m in middle of preparing documentations for my client. The project shall be completed by end of this year.

Since I’m just started working and still under probation, I really miss my recent hobby. TRAVELLING!!


 
p/s: my next trip to Ho Chi Minh is tooooo far away. Jan 2015   :(



xoxo, 
aurikel

April 25, 2014

Bandung Trip Part 2: Hotel Gino Ferruci Kebonjati


Salam A’laik. Alohaaa~~

Lama betul dari part 1 nak sambung cerita pasal part 2. Heheheh Teman busy bebenor ler kome oii.. Maka, terperap jela draf cerita pasal Bandung trip ni.

Sebaik sahaja sampai di hotel, kami berehat sebentar. Dalam erti kata lain TIDUR. Aku memang tak cukup tidur. Balik kerja lewat, sampai rumah pun hampir jam 11 malam. Tidur tak sampai 2 jam, pukul 3 pagi dah bangun. Baru teringat barang belum selesai packing and checking. Senarai barang telah dibuat, Cuma nak pastikan semua dah masuk dalam beg je.

Kami menginap di Hotel Gino Ferruci Kebonjati. Hotel ini terletak tidak sampai 5km daripada airport Bandung. Kawasannya memang strategik. Terletak berhampiran dengan gedung membeli belah yang paling disukai oleh pelancong-pelancong wanita dari Malaysia – Pasar Baru Trade Centre (Pusat Dagangan Trade Centre).

Kalau berjalan kaki mengikut laluan utama, cuma 10-15 minit sahaja dari hotel ke Pasar Baru. Bagi orang berjiwa lasak yang suka jelajah tempat orang, kita boleh ikut laluan belakang hotel melalui kawasan perumahan menuju ke Pasar Baru. Perjalananan lebih singkat terutamanya jika anda borong banyak barang dari PASAR BARU. Sambil berjalan boleh juga melihat cara hidup dan persekitaran masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.

Persekitaran hotel ini bersih, kemas dengan dekorasi yang sederhana. Terdapat ruang menunggu dengan sofa yang selesa. Juga terdapat kemudahan wifi di ruang lobi hotel. Cuaca di Bandung agak dingin dan berangin. Rasa nyaman sepanjang hari. Panas pun tidak keterlaluan. Memang seronok.




Hotel Gino Ferruci Kebonjati juga tidak jauh dari kawasan Paskal Square. Kira-kira 10-15 minit berjalan kaki. Di Paskal Square ini lah terletaknya Paskal Food Market yang dikatakan mempunyai 1001 satu pilihan makanan daripada menu tempatan hinggalah menu western and eastern. Di depan hotel ini juga senang untuk kami dapatkan perkhidmatan beca atau pun teksi.

Bayaran satu malam untuk bilik superior king di Gino Ferruci Kebonjati ialah IDR532,000 atau dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM150. Total harga 3 malam di hotel ini ialah IDR 1478,000 ~ RM418. Harga adalah termasuk buffet breakfast.

Bilik superior king bersaiz sederhana luas. Setakat gegurl nak share 2-3 orang memang takde masalah. Biliknya kemas dan bersih serta dilengkapi dengan kemudahan hair dryer, cerek elektrik dan peti sejuk.  Tapi sayang dalam bilik tiada internet connection. Hotel ini masih baru jadi menurut pengurusnya kemudahan wifi dalam setiap bilik masih dalam proses penyediaan.



Bilik anak-anak dara. Sampai bilik je terus lompat atas katil & tidur. iskh3x..

Buffet breakfast di sini bagus. Ada banyak pilihan makanan menu tempatan dan juga antarabangsa. Persekitaran café juga bersih, cantik, santai dan selesa. Memang kami makan sungguh-sungguh masa breakfast. Sebab nak sediakan tenaga untuk aktiviti shopping dan seightseeing di sekitar Bandung.




 
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kami pilih hotel ini yang menyediakan buffet breakfast. Sebabnya…sepanjang di Bandung, tekak aku tak berapa nak serasi dengan menu masakan padang ataupun sunda.

Di tepi hotel ini terdapat sebuah café bernama Bangi Kopitiam. Dengar nama pun boleh agak dari Malaysia. Hihihi Apa kes datang Bandung tapi makan masakan Malaysia kann?? Memanglah…tapi apa yang aku nak emphasize kan ialah kopitiam ni cantik dan selesa untuk aktiviti borak-borak gossip girls. Huhuhuhu Menu pun ada pelbagai. Paling menarik di Kopitiam ni yang aku minum ialah air the gaharu. Kebun teh gaharu tue terletak dekat Gopeng je. Selama nie tak pernah tahu pun pasal teh gaharu.  Waktu petang hingga malam ada live band lagi. Seronok..tak perlu nak lepak bar untuk lepak santai sambil dengar nyanyian dari live band.

Pekerja –pekerja di hotel ini juga sangat ramah, sopan, suka senyum dan helpful. Sampai sahaja di entrance hotel mereka sudah menyapa kita sambil tersenyum. Sebaik sahaja kenderaan berhenti di depan kereta mereka sudah bersedia membantu bukakan pintu kereta. Kalau dilihatnya kita membawa bagasi atau barangan, pasti mereka mempelawa untuk membantu membawa barangan tersebut ke bilik kita.

Tetamu Hotel Gino Ferruci juga diberikan kupon voucher shopping di factory outlet terpilih dan juga kupon voucher untuk menggunakan kemudahan bilik karaoke di hotel tersebut. Best kann???? Bertambah-tambah semangat nk membeli belah di factory outlet.

Secara keseluruhannya aku bagi 7.5/10 bintang untuk pengalaman penginapan di Hotel Gino Feruci Kebonjati. Tempahan bilik boleh dibuat secara online melalui kagumhotel atau pun agent-agent online seperti booking.com, asiaroom, agoda dan sebagainya.
 
 
 
With love from Gino Feruci Kebonjati,
aurikel
 

Related Posts with Thumbnails