Pages

Ads 468x60px

.

Labels

February 21, 2012

JJCM: Nasi Kebuli JomBali

...

xoxo
....

Salam. Semalam aku puasa. Cewaahh...okay. Back to main topic. Nak cerita pasal JJCM makan Nasi Kebuli malam tadi. Memandangkan shahroll baru jer sound apsal la lama aku tak up cerita JJCM. 

Almaklum, partner in crime dah takder. Actually masa dia masih ada pun dah lama kami tak terjah jalan-jalan cari makan. So, lepas dia takde aku lagi la jarang JJCM. Sebabnya takde sape nak tolong aku abeskan makanan nanti. Aku nie mana jer suka makan tapi perut sempit. Makan sekali tak boleh sumbat banyak-banyak.  Stamina kurang. hehehe

Semalam, kebetulan ada lak partner in crime nak temankan aku buka puasa. Siap tanya lagi aku craving nak makan apa. Laju je aku propose nak makan tauhu bakar kat JOMBALI. Dia pun ON jer bab makan nie.

Aku order tauhu bakar & dia order Nasi Kebuli Spesial. Kiranya NASI KEBULI nie adalah hidangan istimewa kat sini. 

Nie la rupa NASI KEBULI: 


it is actually a special rice dish, which is popular amongst the Malays that originate from Kampung Jeram Landak, a quaint village in the Kuala Lipis district of Pahang. This special dish is popular and can be found within the surroundings of the district of Kuala Lipis itself.

Normally it is served during traditional occasions such as weddings, Maulidur Rasul and opening or cleansing of a silatground. It is also served during the traditional Malay ceremonies such as trimming the first hairs of the baby (Aqiqah), completion of Quran reading (khatam al-Quran) and many other traditional customs.

Indians, Chinese and Arabs are the main influence to the Malay foods and dishes from Pahang. This is due to the traders who came in during the busy Spice Trade Era in the olden days. Such example can be seen when spices such as coriander, cumin seed and such is used in the favorite traditional dish. And the Arabs left behind their cooking trait in foods like the kebab that needs the meats to be marinated. Through all this influence, thus the nasi kebuli is born.

According to the beliefs of old folks, it is vital for the cook to ensure that the ingredients are mixed in the exact proportion and for the cook to stick strictly to the recipe. Most importantly, the cook must be properly dressed in clean and decent attire. This is due to the beliefs that the nasi kebuli will turn out to be tasteless and aroma less. So you can be sure that our cooks are properly dressed and our nasi kebuli is as tasty and rich in aroma as ever. That is our guarantee.
The nasi kebuli is traditionally eaten together with other dishes like beef or chicken rendang, fried chicken, acar timun or nenas pajeri. nasi kebuli is actually cooked with 18 spices with a mixture of coconut juice. The rendang is made from all fresh ingredients. And the fried chicken is fried with special spices as well. And there is also a side dish of sambal telur to compliment the tasteful nasi kebuli.
source: JomBali


tauhu bakar sedap

 hot barley

hot cham

Persekitaran JomBali nampak kemas, bersih dan selesa. Pekerja pun ramah. Servis order dan pesanan makanan sampai pun cepat.


Overall makanan kat sini okay. Boleh dikatakan kena la dengan tekak dan selera. Suka tauhu bakar dia yang ala-ala agak garing dan kuah petis yang tak berapa pedas tapi sedap. Isi dalam tauhu pun masih segar dan rangup.

Nasi kebuli pun boleh tahan sedap rasanya. Tapi yang paling best ialah ayamnya. Sedaaaappppp.. Kalau dimakan begitu sahaja pu n best. Sambal ikan bilisnya okayla. Not the best I ever had tapi secukup rasa.

Ok. Bye! Selamat Menjamu Selera!

February 20, 2012

Monday Blues: Bazar Karat

...

xoxo
...

Errr..dua minggu yang lepas aku pergi bazar karat kat perkarangan stadium melawati Shah Alam. Berjalan dari kul10 sampai kul1230. Punya la ramai manusia yang datang. Banyak betul duit orang Malaysia nie. 

Macam-macam ada kat sini. Yang aku perasan sekarang nie tengah trend baju jenis kain cotton polka dot colorful & belang-belang. 



Siapa yang suka makan cupcake, kat sini ada satu gerai jual cupcake yang colorful, cantik & ada banyak pilihan corak butter cream kat atasnya. Cuteeeee sangat.


sape buat saya merajuk boleh try pujuk saya dengan cupcake nie eh

Antara yang unik kat sini ialah aiskrim potong! Macam span jer!. Tapi sedap gak. Ada banyak flavour. Strawberry, keladi, coklat etc. Kemain suka kazen-kazen aku dapat makan ais krim potong nie. 


kemain lebar model ais krim nie sengih ^_^


Hmm..Banyak lagi nak cerita pasal bazar karat kat Shah Alam nie tapii....Monday blues dah menyerang. Ok bye!



February 16, 2012

Status Terkini

...

xoxo
...

Ini bukan status bola sepak liga super. Bukan juga status siapa pemenang reality show Pilih Kasih. Tapi pasal status aku yang kekal solo pada tahun 2012. Aku single??? Who care?? Aku la care .... Azam tahun 2011 aku tak tercapai. sobs sobs..

Mungkin tak ramai yang ingat. Tapi aku ingat. Hmm..boleh refer post pada bulan Jun 2011. SINI!! Kisah gembira tue tak berakhir dengan indah. Dah beberapa bulan berlalu, rasanya aku makin kuat. Getting better and better walaupun belum fully recover dari mental breakdown.

Tapi sekali sekala aku terasa gak bila orang tanya pasal aku. Aku ada rasa sebak gak bila tengok orang lain happy dengan partner masing-masing. Tapi pastue aku mesti cakap kat diri sendiri, aku kan ada family ada cousin2 & ramai kawan-kawan yang always support and sayang aku. 

Paling tak boleh lupa masa baru-baru putus. Masa tue dahla berderet jemputan kahwin kawan-kawan. Tapi aku gagahkan diri gak hadir majlis diorang. Ada sekali tue aku attend resepsi geng persatuan PSL kat Galeri Shah Alam, entah kenapa menggigil tangan masa nak tulis kat GuestBook dia. Seriously...last-last aku mintak anak buah tolong tuliskan. 

Masa majlis resepi Poyaty kat SUK plak, rasa sebak gila masa diorang tayang slide show gambar Poyaty & husband sambil background lagu Maher Zain. Seriously, berair air mata. Rasa nak lari je pergi tandas. Tapi aku stay jugak. 

Majlis resepsi Fira the baby dekat IPK pun aku datang gak. Gagah gila rasa diri. Nasib anak buah ada temankan. Mata dah berair je tengok diorang sanding. Jenuh tahan tak nak kasik nanges. kehkehkeh Tapi bila masuk dalam kereta terlepas gak takungan tue sikit-sikit. hehehe Adoyaaaiii..buat malu je kat anak buah. 

Tapi paling tak boleh blahh..masa wedding Farah kat Ipoh. Hari yang sama patutnya aku pun jadi raja sehari. Terkezut Farah bila aku datang. Masa aku sampai diorang tengah bersanding atas pelamin. Mula-mula aku cool je. Tapi si Amy Santz boleh plak buat lawak dengan aku. Dia tunjuk reminder dalam HP dia. Patutnya hari tue wedding aku. Ceehhh..ampes betul!

Hmm...masa tue Farah tengah bersanding, aku pulak tengah makan. Bila aku angkat muka je tengok diorang tiba-tiba rasa sedih gilerrrrrrrr kuasa 10x.  Seriously, boleh pulak aku menangis masa tue. Jenuh aku tahan tak nak nanges. Kang makan nasi minyak berkuah air mata lak. 

Dahla cari tisu dalam handbag tak jumpa. Penat gak leher aku asyik pandang kanan yang takde orang sebab taknak anak buah kat sebelah aku tau aku nanges. Eleehh..tapi dia tau gak. Bila dia perasan je cepat2 dia pergi cari tisu. Agaainnn..aku memalukan diri sendiri. kehkehkeh

Bestfriend aku tanya kenapa la aku pergi gatal-gatal datang kenduri kawen pada hal aku masih belum recover lagi? Patutnya aku avoid attend kenduri kawen, avoid lagu-lagu jiwang, avoid citer-citer sedih. Hmmm..aku tak rasa macam tue kot. Bagi aku, I need to face my fear. What doesn't kill me makes me stronger.




Mak aku selalu tanya aku menyesal tak??? Hmm..jawapan aku 'TIDAK'. 
Aku tak menyesal pernah sayang & cintakan dia. 
Sebab itulah apa yang aku rasa.
Aku tak menyesal dengan apa yang pernah aku buat untuk dia. 
Sebab aku dah buat yang terbaik untuk orang yang aku sayang.
Aku tak menyesal dengan apa yang terjadi. 
Aku juga tak menyesal dengan keputusan yang aku buat. 
Sebab aku tau THINGS HAPPENED FOR THE BEST REASON. 






p/s: now, single & available :)







Related Posts with Thumbnails