Pages

Ads 468x60px

.

Labels

November 19, 2016

KK Times Square Hotel, Kota Kinabalu

Ke mana kita kali ini?? 
Kota Kinabalu!!!!

Dek kerana hajat di hati untuk jalan-jalan cuci mata di Imago, aku request untuk menginap di hotel yang berhampiran dengannya. Nah!! Darling admin booked hotel betul2 depan Imago. Maka, lepas waktu kerja, check in bilik, letak beg dan tawaf lah aku dalam shopping mall bernama Imago ini. 

Jadi, mari aku kongsikan sedikit pengalaman aku tinggal di KK Times Square hotel:

1. Bilik - Bilik agak sempit. Average and meet expectation. .Kebersihan - acceptable.
2. Bilik air - okay but cleanliness below expectation. Basic toiletries provided.  
3. Katil - bersih & selesa. 
4. Arah kiblat - ada
5. Heater, cup & jug  - provided
6. TV channel - basic TV1, TV2, T3, FOX, DISCOVERY etc 
7. Light - too dim (serius aku tak berapa suka lampu jingga nie)
8. Location - bagus, berdepan Imago shopping mall, nearby ada beberapa kedai makan, convenient store 24hr Orange ada berhampiran. 
9. Breakfast -no breakfast provided. 
10. Check in - check out - okay. fast. 
11. Swimming pool - tiada
12. Internet connection - Free. available in room but quite slow. 
13. Harga -Harga sedikit mahal sikit walaupun  macam bajet hotel. . RM155/nite (deluxe king/twin)








Aurikel score rating: 2.5/5.0

Alamat: KK Times Square Hotel, C-16-G, Signature Office, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Telephone:  +60 88-486 111
Website: www.kktimessquarehotel.com  


with love from Kota Kinabalu, 
aurikel xoxo


Imperial Hotel, Melaka

Ke mana kita kali ini??
Melaka!!!!

Melaka adalah antara destinasi tumpuan pelancong tak kira musim cuti sekolah atau hari cuti umum. Melaka ni selain terkenal dengan tempat bersejarah, ia juga terkenal dengan makanan asam pedasnya. 

Maka, kali ini aku nak berkongsi pengalaman tinggal di Hotel Imperial Heritage, Melaka. 

1. Bilik - Keluasan bilik okay. Aku booked standard room. Modern & simple design. Cantik.
2. Bilik air - ruang mandi sangatlaaaaaaaah sempit. serius! Air cepat bertakung! Spoil mood nak mandi tau....toiletries provided. 
2. Kebersihan - Bilik air dan tandas bersih. 
3. Katil - bersih & selesa
4. Arah kiblat - ada
5. Heater, cup & jug  - provided
6. TV channel - basic TV1, TV2, T3, FOX, DISCOVERY etc 
7. Light -OK
8. Location - opposite Hang Tuah Mall, walking distance
9. Breakfast - nice view (bertentang mata dengan mall..dengan harapan lepas breakfast boleh jalan2 pergi shopping). Breakfast- below average, limited choices.. menu tak kena (Eg: meat loaf ada tapi salad takde, staff situ kata makan meat loaf kena cicah dengan sos cili.. I was like...errrrmmmm??? okay fine.. aku orang kampung kot yg makan salad dgn meat loaf) But the menu seriously need improvement. 
10. Check in - check out - agak slow sebab terlalu ramai orang & ruang lobby pun agak sempit. 
11. Swimming pool - ada tapi macam untuk kanak-kanak je saiznya.. 
12. Parking area - free parking area available behind the hotel with limited capacity. Siapa cepat dia dapat. 





 Menikmati sarapan sambil menikmati panorama





The bedroom


  
Bagi aku serius sempit... ker aku yang gemuk sangat???





Aurikel score rating: 3.5/5.0

Alamat: No 1, Jalan Merdeka 1, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia
Telefon: +606-289 9000
Website: http://imperialheritage.com.my/



with love from Melaka, 
aurikel xoxo





November 10, 2016

Manja Hotel, Kota Kinabalu

Kemana kita???
Kota Kinabalu....!!

Salam a'laik.. 
Trip bulan ini aku ke Kota Kinabalu sekali lagi. Oleh kerana hotel yang aku duduk ketika trip yang lalu agak tidak memuaskan dari segi kebersihan bilik, maka aku request Ms Darling Admin booking hotel lain. 

Kali ini Darling Admin booking dekat Hotel Manja. Hotel ini terletak di kawasan perniagaan KK Times Square. Lokasinya di tengah-tengah KK Times Square, berhadapan dengan pancuran air. 

Dari luar memang kau tidak akan nampak bah..kalau kau naik teksi atau Uber atau Grabcar, kau perlu berhenti di depan Hotel Kingston, KK Times Square. Dari situ kau jalan ke dalam sekitar 100meter dan kalau akan nampak pancuran air. Nah,,,di sebelah kanan di depan pancuran air itulah Hotel Manja. 

Aku kategorikan hotel ini sebagai hotel bajet. Sebabnya?? Bila dah check in dan masuk ke bilik, serius tahapnya adalah hotel bajet. Tapi harganya tak berapa bajet. Darling Admin booking twin bedroom dengan harga RM109 per night. Aku minta tukar queen tapi mereka minta additional charge sebab bilik standard queen bed lain harganya. Since bilik aku dah dibayar sebenarnya, malasnya aku nak tambah duit. redha jela duduk bilik katil twin bed. 

Keluasan bilik - okay . tak besar dan tidak juga terlalu sempit
Katil - okay. bersih and no unpleasant smell.
Tandas - okay tapi shower tak best. Basic toiletries provided such as soap, shower foam & shampoo.
Arah kiblat - ada
Heater, cup & jug  - ada but tiada free mineral/drinking water
TV channel - basic TV1, TV2, FOX, DISCOVERY etc tapi... TV3 takde pulak
Light - too dim (personally aku tak suka lampu yang malap & orange sangat..sakit mata, nak buat kerja pun tak best..)
Ironing facilities - boleh request dekat receptionist & they will send it to your room
Food - next to this hotel ada Manja Cafe. Boleh request for room service. Menu ada disediakan dalam bilik. In a same row ada 24hr convenient store Orange. Nak cari Megi ke Jajan ke buat kudapan di tengah malam, korang boleh datang sini. 

Kalau rajin sikit korang boleh pusing sekitar KK Times, ada beberapa lagi kedai makan. Kalau gigih nak jalan kaki boleh pergi IMAGO Shopping mall. Lagi banyak pilihan makanan. Tak jauh mana pun.. Dalam 5 minit dah boleh jejak Imago entrance. Selain makan, boleh window shopping sekali. 

Untuk traveller yang cari penginapan di tengah Bandar KK, boleh cuba di sini. 


Alamat: Hotel Manja, 26 Block E, KK Times Square, Off Costal Highway, 88100 Kota Kinabalu
Tel: 088-486601
Email: manja.hotel@gmail.com






with love, 
aurikel




Related Posts with Thumbnails