Kota Kinabalu....!!
Salam a'laik..
Trip bulan ini aku ke Kota Kinabalu sekali lagi. Oleh kerana hotel yang aku duduk ketika trip yang lalu agak tidak memuaskan dari segi kebersihan bilik, maka aku request Ms Darling Admin booking hotel lain.
Kali ini Darling Admin booking dekat Hotel Manja. Hotel ini terletak di kawasan perniagaan KK Times Square. Lokasinya di tengah-tengah KK Times Square, berhadapan dengan pancuran air.
Dari luar memang kau tidak akan nampak bah..kalau kau naik teksi atau Uber atau Grabcar, kau perlu berhenti di depan Hotel Kingston, KK Times Square. Dari situ kau jalan ke dalam sekitar 100meter dan kalau akan nampak pancuran air. Nah,,,di sebelah kanan di depan pancuran air itulah Hotel Manja.
Aku kategorikan hotel ini sebagai hotel bajet. Sebabnya?? Bila dah check in dan masuk ke bilik, serius tahapnya adalah hotel bajet. Tapi harganya tak berapa bajet. Darling Admin booking twin bedroom dengan harga RM109 per night. Aku minta tukar queen tapi mereka minta additional charge sebab bilik standard queen bed lain harganya. Since bilik aku dah dibayar sebenarnya, malasnya aku nak tambah duit. redha jela duduk bilik katil twin bed.
Keluasan bilik - okay . tak besar dan tidak juga terlalu sempit
Katil - okay. bersih and no unpleasant smell.
Tandas - okay tapi shower tak best. Basic toiletries provided such as soap, shower foam & shampoo.
Arah kiblat - ada
Heater, cup & jug - ada but tiada free mineral/drinking water
TV channel - basic TV1, TV2, FOX, DISCOVERY etc tapi... TV3 takde pulak
Light - too dim (personally aku tak suka lampu yang malap & orange sangat..sakit mata, nak buat kerja pun tak best..)
Ironing facilities - boleh request dekat receptionist & they will send it to your room
Food - next to this hotel ada Manja Cafe. Boleh request for room service. Menu ada disediakan dalam bilik. In a same row ada 24hr convenient store Orange. Nak cari Megi ke Jajan ke buat kudapan di tengah malam, korang boleh datang sini.
Kalau rajin sikit korang boleh pusing sekitar KK Times, ada beberapa lagi kedai makan. Kalau gigih nak jalan kaki boleh pergi IMAGO Shopping mall. Lagi banyak pilihan makanan. Tak jauh mana pun.. Dalam 5 minit dah boleh jejak Imago entrance. Selain makan, boleh window shopping sekali.
Untuk traveller yang cari penginapan di tengah Bandar KK, boleh cuba di sini.
Alamat: Hotel Manja, 26 Block E, KK Times Square, Off Costal Highway, 88100 Kota Kinabalu
Tel: 088-486601
Email: manja.hotel@gmail.com
with love,
aurikel














