Pages

Ads 468x60px

.

Labels

December 16, 2012

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

Assalamualaikum.
Hari ni hari Ahad. Hmm..tak pergi class scuba diving pun. Puan mami dari semalam asyik layan badminton Denmark vs China.

Pagi tadi pun sambung lagi layan badminton. Tak kuasa nak main rebut-rebut remote control macam malam tadi. waachhaaaaa!!!
 
So, takkan duduk rumah je kan..?? JOM ke SUNWAY PYRAMID. Ada FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA TOUR.
Zaaasssss!!!









yours truly,
aurikel
 
 

December 15, 2012

WALK FOR LIFE - TESCO

Salam.
Just quick update pasal charity walk yang saya join last week. Err..dah seminggu baru nak update kat blog kan..heheheehe iols busy la uols..

Charity walk kali ini iols hanya pergi berdua dengan partner in crime. Kami memang suka aktiviti macam nie waktu hujung minggu. Bajet macam healthy life style gitu. Kelaaaaass kan?


This charity walk took place at Bukit Jalil Park. I love this recreation park. Hijau, tenang, nyaman. Cool! Best woo kalau dapat jogging sini. Kalau tak nak jogging, jalan2 pun okay. Kawasan sini agak berbukit so ada masa mencabar gak nak jogging sambil daki bukit. Still, it fun.



Registration bermula awal pagi. Lepas daftar boleh kami diberi kupon baju, goodie bag, lucky draw & receipt payment. All payments yang dibuat akan didermakan kepada kanak-kanak leukaemia.


Lepas salin baju t-shirt, semua peserta berkumpul dan disambut dengan ucapan aluan dari MC. Then, pagi dihangatkan dengan persembahan dari pasukan cheerleader Dynamitez.

Kemain budak-budak cheerleader ni main lambung-lambung. Terangkat & terbuai-buai skirt adik2 nie. Ada mamat sebelah saya mata tak berkelip tengok persembahan diorang.


Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi warm up dengan zumba dance. I do like zumba dance. Teringin nak buat full zumba dance. Praktis kat rumah dulu boleh kot. hehehehe

Then, barulah kami semua dilepaskan untuk aktiviti walkathon. Tak jauh pun. Cuma 4.5KM je. Tapi iols berpeluh la jugak. Kawasan rekreasi Bukit Jalil Park ni berbukit.


To make it fun instead of just walking/jogging, they also had WALK & HUNT. Semua peserta yang berminat terlibat dalam walk & hunt mestilah berkumpulan. Setiap kumpulan diberi kertas yang berisi soalan dan klu.


Tugas para peserta adalah mengutip jawapan-jawapan di sepanjang walk & hunt trail berpandukan klu yang diberi. Kami pun join juga tapi tak menang pun. XD Hadiah bagi pemenang memang best. Setahun bekalan groceris daripada TESCO bernilai RM10, 000. Syok kan??

Tamat sesi walkathon kami pun collect goodie bag. Macam-macam ada dalam tue. Biskut Munchys, snack, choc malt drink, salon plaster etc. Semua peserta berpeluang menikmati minuman MILO yang nyaman lagi sedap, sarapan pagi sandwich dan choc malt drink secara percuma. Air mineral pun percuma.

Selepas tamat walkathon, pihak TESCO juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti pameran & penerangan tentang CPR, kempen Greener Sponsor a Tree, Rockcop & basketball, permainan untuk kanak-kanak, shoot & donate etc.







Yang best lagi siap ada pertandingan memasak yang dihostkan oleh chef handsome Sherson. I met Sherson live depan mata uollss.. jeles tak????
 

 




Kellasssss kan mamat nie teror masak.
 
 


yours truly,
aurikel









December 5, 2012

Subway sandwich

Assalamualaikum.
Saya suka subway sandwich. Serius.

Setiap hari rabu bermula dari jam 3 petang ke atas, kalau beli satu 6" SUBWAY SANDWICH dan 22oz minuman, boleh dapat percuma sebiji lagi 6" SUBWAY SANDWICH.

YAHOOOO!!!


Errmm..bunyi macam tamaknyaaaaaa.... tapi bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Promosi ini sah di semua outlet Subway Restaurant. *T&C Apply*

JOM!!!! Siapa nak ???

cc: shahroll



xoxo,
aurikel



Related Posts with Thumbnails