...
xoxo
...
Salam Ramadhan. Kelmarin berbuka puasa dengan ditemani member kerja - LJS. Cun-cun je lepas habis kerja dalam 645pm kami bergerak ke Giant Kemuning. Hajat dihati mula-mula nak buka puasa di IOI. Kemudian boleh jalan-jalan shopping. Tapi bila difikirkan gaji bulan lepas yang dah makin kering, terpaksa lah batalkan niat nak shopping.
Memandangkan niat nak shopping terpaksa ditangguhkan. Bukan batal yer..cuma tangguh. Dasar perempuan suka shopping kan??!!! Tekak nie mengada-ngada mintak nak disumbat dengan kek Secret Recipe. Maka, destinasi terdekat haruslah Giant Bukit Kemuning.
Kalau dah makan kat Secret Recipe, menu wajib aku mestilah marble cheese kek. Pernah menjadi kek wajib kegemaran aku & dia. Aku masih lagi suka gila kat marble cheese kek. Dia?? Mungkin dah tak suka marble cheese cake lagi kot. Sebab teringat kat dia boleh pulak aku terorder carrot slice. So menu berbuka puasa aku adalah marble cheese cake, carrot cake and water melon juice.
Order kek sampai 2, siapa nak makan??? LJS dah la keep fit. Tak minat makan cheese. Dia just order thai seafood spaghetti dengan air sirap kalau tak silap. Betul la..memang air sirap.
Nak habaq mai sket nie. Sempena bulan puasa ni Secret Recipe menawarkan promosi hidangan berbuka puasa. Setiap pesanan hidangan utama akan diberikan percuma air sirap dan kurma. LJS order promo nie la.
Aku baru makan pasta kat Kenny Rogers hari sebelumnya. So, no more pasta. Kalau order makanan yang lain pasti tak berjaya nak habiskan. Maka, 2 potong kek dan air tembikai adalah sangat mencukupi. XD
Total bil kami? Jangan ditanya hehhehee demi ikutkan tekak aku nie, nipis poket tau.
Regards,
aurikel






