Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 25, 2011

CINTA KURA_KURA

...
xoxo
...


Hoyeahhh.. Tak lama lagi KRU akan terbitkan satu filem baru yang bertajuk 'CINTA KURA-KURA'. Heronya Aeril Zafril & heroin dia plak Tiz Zaqyah. Hmm..bila dah biasa tengok Tiz dengan hero macho2 dan tough tetiba rasa cam pelik skit bila tengok gandingan Tiz & Aeril. 

Filem yang menggunakan banyak teknik CGI ini akan memaparkan kisah kura-kura yang boleh bercakap. Tiga ekor kura-kura dalam cerita ini bakal dibintangi oleh Zizan Raja Lawak, Fara Fauzana dan Usop Wilcha. 

Jom layan trailer... 




Sinopsis:
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum. Sinema Malaysia

 So..layannn...



August 9, 2011

BONUS RAYA.. sob..sob

...
xoxo
...


Jealous?? Memang pun.. tipu la kalau cakap tak jealous kan.. Aku selalu dengar orang kerja kerajaan suka kutuk kaw-kaw kerajaan. Tak boleh pakai la, itu la ini la.. tapi kerajaan tetap gak baik hati. Setiap tahun rasanya ada je bonus. 

Selalu jugak kita dengar rungutan tentang servis kerajaan nie slow, kurang cekap etc. Patutnya pekerja-pekerja kerajaan nie bersyukur diorang ada macam-macam benefit dan elaun berbanding orang kerja swasta. 

Patutnya dengan pelbagai kemudahan, elaun & bonus yang diberi diorang nie patutlah kerja dengan penuh semangat. Buat kerja laju sikit. Janganlah slow motion sangat kan.. 

BONUS RAYA aku??? hahaha nan-ado la weehh..dah kilang terbakar, pastue semedang je product supply tak cukup. So, client plak nyibuklah nak claim downtime diorang kat kami. Harga jual product tak banyak kang harga kena bayar claim plak yang lebih. Macam mana nak dapat bonus????


Owhh..sadis...!




Kilang terBAKOr panggil bomba

...
xoxo
...

Salam. Pergghh..berdebu dah blog nie tanpa update. Ada banyak story tapi serius rasa malas sungguh nak update. Last week memang sibuk. Dengan report yang bertimbun dengan kes kilang terbakar lagi.

Kilang terbakar? ha ah tapi sikit je. First floor - production area tempat storage raw material. Tapi kalut gak la. Total aset loss lebih kurang RM170K, total building damage lebih kurang 50K. So, as Safety Committee secretary aku antara orang yang kehulu kehilir pasal kes nie. 

Meh layan sikit gambar-gambar selepas kejadian. Gambar ketika kejadian ada tapi tak berapa clear. Lagipun kena mintak dengan technicians, maka haruslah aku MALAS!

Maaf gadis-gadis sekalian, gambar abang bomba ini terpaksa aku blurkan sebab 
dia hanyalah pelakon tambahan

 Begitu juga dengan abang bomba yang nie.. nampak tangan je. 
Api dah padam namun dia masih gagah menyembur air

 Dahla product supply banyak short, sekali raw material terbakor lak.. 
Kelam kabut Mr Gym dibuatnya


kesan kebakaran

Wahai gadis-gadis sekalian, sekali lagi aku mintak maaf yer. Gambar-gambar hero sebenar tak dapat aku tayang kat sini. Aku risau jammed pulak talian telefon ofis nie dengan panggilan-panggilan hangit & romantik korang. 

Hari nie dah masuk hari kesembilan tragedi tersebut berlaku. Namun, kerja-kerja pembersihan masih belum selesai sepenuhnya. Nampak macam sikit je area yang terbakar tapi kalau dihitung kerja-kerja yang perlu dibuat memang penat woo.. 

Hari first day lagi lepas bomba berjaya padamkan api & kami dibenarkan masuk, aku tengok production floor tue dah macam dilanda tsunami. Memang la kebakaran tue kat bahagian hujung je. tapi encik-encik bomba tue mestilah buat pancutan air ke serata alam sebab nak elak kebakaran tue merebak. 


macam lepas tsunami daaaa...

Last week life aku memang agak hectic! Almost setiap hari tak sempat sampai rumah sebelum maghrib. Sampai ketika nak post nie ditulis aku masih gagal nak buat Safety Meeting. Mane taknya dah Ketua Safety Committee aku busy semedang. Ada je hal dia.. haisshhhh... 

Investigation report by bomba pun kena tunggu 2minggu baru siap. Apa yang buat lama sangat pun aku tak tau. Kenapa ek? Ada siapa-siapa tau??hmm...

 Eh, dah pukul 1 lebih. Masa untuk tidur.. daaa~~~~~~~~~~~~~~




Related Posts with Thumbnails